Friday 5 June 2009

Kaedah Pengajaran




Apa maksud “Penggunaan ICT Dalam P&P?

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran

Apa Tujuan Modul?
Modul ini bertujuan untuk:· menjelaskan bagaimana ICT dapat digunakan secara terancang dan bersesuaian dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru dan murid dan secara tidak lansung dapat membantu guru merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan ICT,

Manfaat ICT Dalam Pembelajaran ?
Penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:· berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran , Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan,· Meningkatkan motivasi pelajar,· Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)· Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi.· Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul,· Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar,· Membolehkan pelajar mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa, · Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar,· Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima, · Meningkatkan kemahiran ICT.

Apakah Syarat Untuk Memanfaatkan ICT Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran ?

Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:· Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. · Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran.·
Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai.

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONSEP ASAS

Bagaimana cara menggunakan ICT dalam Pengajaran Dan Pembelajaran ?

Dalam konteks penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, tiada satu cara pun yang boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan oleh guru atau pelajar. Pendekatan yang terbaik ialah jika penggunaannya sesuai dengan keperluan pelajar, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari 2 aspek; aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (pelajar gunakan ICT).
Dalam konteks pembelajaran penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategori sebagai:·

i. ICT Sebagai Alat Tutorial·
ii.ICT Sebagai Alat Penerokaan (eksploratori)·
iii. ICT Sebagai Alat Aplikasi · ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam konteks pengajaran pula, ICT boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.

Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Tutorial?
ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi
Pembelajaran ekspositori
Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem,
Latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.


Bagaimana ICT Digunakan Untuk Pembelajaran Tutorial?
Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web. Istilah Computer Assisted Instruction (CAI). digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemudiannya istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring System (Means et. al., 1993) digunakan. Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisian pendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan murid. Dengan perkembangan ICT, perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri multimedia. Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut.
Mempersembahkan maklumat
Membimbing
Menyediakan / memberi latihan
Menilai pencapaian
Perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial sebahagian besar direkabentuk berdasar kepada model tradisional pengajaran dan pembelajaran, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru (Clack dan Sun, 1996).
Bagimanapun, guru harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh:
mengakibat pembaziran masa dan tenaga
menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif
menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT
mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu
Sebelum guru mengguna pendekatan ini, perkara-perkara berikut perlu diberi pertimbangan:
· Ada perisian pendidikan yang sesuai. Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh murid.
· Ada peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna perisian.
· Ada kemahiran mengendali peralatan ICT.
· Ada keperluan untuk mengguna ICT (penggunakan ICT dapat membantu pelajar memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki)
Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan ICT, bukan dibuat secara bidan terjun. Perancangan ini perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:
Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar kelas)
Penggunaan secara berkumpulan atau individu.
Penggunaan di dalam atau di luar waktu waktu persekolahan.

Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Gunakan Pendekatan Ini?

Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai digunakan dalam situasi berikut:· Dalam kelas yang mengandungi jumlah pelajar yang ramai dengan perbezaan kemampuan pembelajaran yang sangat ketara, guru boleh mengarahkan sebahagian daripada pelajarnya menggunakan perisian pendidikan dan memberikan tumpuan secara lebih dekat kepada kumpulan yang lain.· Dalam keadaan guru terpaksa bertugas luar, dia boleh merancang pelajaran pelajar- pelajarnya menggunakan perisian pendidikan yang bersesuaian di dalam makmal. Penyeliaan kelas bolehlah dilakukan oleh guru ganti.· Pemulihan pelajar-pelajar yang lemah boleh dibuat dengan bantuan komputer dan perisian pendidikan yang sesuai. Murid boleh mengikuti perisian berulangkali sehinggalah memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki.· Kepada pelajar-pelajar yang cerdik, guru boleh menggunakan persian pendidikan yang mencabar minda mereka. Dengan ini mengelakkan mereka daripada berasa bosan.

Kelebihan Menggunakan Pendekatan ICT Tutorial ini.

· Penggunaan ICT dapat mengindividukan pembelajaran · Penggunaan ICT membolehkan murid belajar berdasarkan kemampuan mereka sendiri.· Penggunaan ICT meningkatkan motivasi pelajar.· Pelajar boleh belajar tanpa pengawasan atau dengan pengawasan guru yang minimum.

ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan

Menurut Means et al. (1993), penggunaan ICT dikata untuk pembelajaran penerokaan apabila digunakan oleh murid sebagai medium untuk:
membolehkan mereka mencari dan mencapai maklumat (daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dll.)
mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi
melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid pada bila-bila masa murid memerlukannya.
Dalam pembelajaran penerokaan, murid berkuasa mengawal dan menentukan maklumat yang diterimanya melalui alatan ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial dimana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.

ICT Digunakan Untuk Pembelajaran Penerokaan
Pendekatan ini amat serasi dan menyokong pendekatan constructivism .iaitu teori pembelajaran yang menekankan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang authentic, social negotiation of knowledge dan kolaborasi . Pelajar-pelajar di dalam kelas Geografi, boleh merujuk kepada World Facts Book yang boleh dicapai di laman web Central Intelligence Agency (CIA), atau kepada ensaiklopedia dalam talian seperti Encarta melalui Internet, Capaian juga boleh dibuat di rumah, untuk tujuan ulangkaji.
Bagi mengatasi masalah kelambatan capaian, guru boleh meminta bantuan guru yang mahir komputer untuk membuat pendua (mirror) kandungan laman ini ke dalam cakera keras tempatan dengan menggunakan perisian pendua web seperti HTTrack.Selain daripada mencapai maklumat terus daripada Internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti Ensaiklopedia, pangkalan data, dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran. Pembelajaran penerokaan boleh dilaksanakan samada secara bersendirian atau berkumpulan. Penetapan masa perlu diberikan perhatian oleh guru kerana tanpa kawalan, aktiviti pembelajaran boleh memakan masa yang terlalu panjang.

Situasi Yang Sesuai Untuk Gunakan Pengajaran Dan Pembelajaran Ini.

ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi:· yang melibatkan aktiviti pembelajaran yang berbentuk inkuari penemuan.· Pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar.· Aktiviti yang berkaitan Kajian Masa Depan· Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi

Apa Kelebihan Menggunakan ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan.

Memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing.
Mendorong pelajar terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.
Memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
Memberi peluang kepada guru melaksanakan pendekatan moden dalam pendidikan seperti pemulihan, pelbagai kecerdasan dan lain-lain.

ICT Sebagai Alat Aplikasi.

ICT digunakan sebagai alat aplikasi untuk membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran. Contohnya penggunaan pemproses perkataan oleh pelajar dalam aktiviti proses penulisan. Atau pun penggunaan perisian hamparan elektronik untuk oleh pelajar untuk memplot graf. Selain daripada perisian aplikasi umum seperti pemproses perkataan dan hamparan elektronik, perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design dan lain-lain juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran.

ICT Sebagai Alat Aplikasi.

Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah dipenuhi bila pelajarnya menyediakan esei dan huraian dengan menggunakan pemproses perkataan. Menurut Clark dan Sun, penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya, komputer dan pemproses perkataan digunakan hanya digunakan seperti mesen taip sahaja. Bagaimanapun, apabila sekumpulan pelajar berbincang, mengedit dan mengolah kandungan esei atau huraian dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan hasil esei dan huraian ini, barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan secara yang bermanfaat. Situasi ini turut mengambarkan pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural learning) yang mengatakan budaya atau persekitaran sosial turut membantu pembelajaran – pelajar saling mempelajari dan membantu sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbal) dan bekerjasama (Brown, 1994; Perkins, 1992; McInerney & McInerney, 1998)
Dengan bantuan aplikasi-aplikasi ini, murid akan dapat memberikan tumpuan melakukan aktiviti-aktiviti pendidikan yang authentik. Katakan dalam satu eksperimen yang telah dilakukan, pelajar perlu mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah. Mungkin banyak graf perlu diplot supaya pertalian antara dua pembolehubah ini dapat dilihat. Walaupun kemahiran membina graf perlu dikuasai oleh pelajar tetapi dalam hal ini sepatutnya tumpuan diberi kepada melihat perkaitan antara dua pembolehubah itu. Tugas membina graf-graf ini mungkin memesongkan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Dalam hal ini, perisian aplikasi yang sesuai boleh digunakan untuk membantu pelajar membina graf-graf yang diperlukan itu, sementara perhatian mereka ditumpukan untuk melihat perkatan antara pembolehubah tersebut.

4.2 Apa Kelebihan Menggunakan ICT?
Murid boleh memberikan penumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik.
Membolehkan guru mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda pelajar.
Meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.
ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi
ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila digunakan untuk membolehkan murid-murid dan guru-guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk (Clark dan Sun, 1996). Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut:
text
grafik
audio.
video
kombinasi dua atau lebih mod di atas

ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran ?
Menurut Paulsen, M.F. (1995), terdapat empat teknik untuk komunikasi melalui ICT, iaitu:· Teknik Seorang – Sendirian· Teknik Seorang dengan Seorang· Teknik Seorang kepada Ramai· Teknik Ramai kepada Ramai Satu daripada model pembelajaran terkini yang mengambil peluang daripada keupaya ICT sebagai alat komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif. Selain daripada itu, kebolehan komunikasi global melalui ICT membolehkan pelajar bertukar-tukar maklumat berhubung budaya, cara hidup, geografi setempat bagi membolehkan mereka menganalisa dan membuat perbandingan dengan apa yang mereka alami. Ini adalah merupakan satu pengalaman pembelajaran yang berupaya membuka minda mereka dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna.

Kelebihan ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi ?

Membolehkan pembelajaran kolaboratif dilaksanakan.
Meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global.
Boleh melibatkan pakar di dalam dan luar negeri dalam proses pembelajaran.
ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P dalam kelas.

5.0 KAEDAH-KAEDAH PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

1. KAEDAH TUTORIAL

Menurut kaedah ini ICT digunakan untuk
menyampaikan kandungan pembelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran ekspositori ( menyampaikan maklumat kepada murid, demonstrasi sesuatu fenomena , latihan atau latih tubi yang dikawal oleh sistem. Secara umum perisian berasaskan pembelajaran tutorial ini mengandungi mempersembahkan maklumat, membimbi ng,. memberi latihan dan menilai pencapaian.

KAEDAH PENEROKAAN

Kaedah ini berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk ;Mengakses dtau mencari maklumat daripada CD atau internet, mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi atau melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang babaknmya boleh dikawal. Dalam kaedah ini murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima. Kaedah penerokaan ini sesuai digunakan dalam situasi berikut ;pembelajaran berbentuk inkuiri penemuan, penyelesaian masalah kehidupan sebenar, aktiviti berkaitan Kajian Masa Depan dan aktiviti pembelajaran berbentuk simulasi.

KAEDAH ICT SEBAGAI ALAT APLIKASI
Dalam kaedah ini, ICT diguna bagi membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran seperti ;Menghasilkan karanganMembina graf/jadualMelakar gambar dan sebagainya
KAEDAH ICT SEBAGAI ALAT PEMUDAH KOMUNIKASI Dalam kaedah ini ICT diguna untuk membolehkan guru dan murid berkomunikasi daripada lokasi yang berbeza untuk menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk seperti ;Teks, Grafik, Audio, Video dan Kombinasi pelbagai mod Melalui kaedah ini boleh digunakan bagi melaksanakan pembelajaran seperti berikut ;Pembelajaran kolaboratif, Meningkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran, Melibatkan pakar di dalam dan luar negara dalam proses P&P.